Saturday, February 12, 2011

KHAMIS YANG INDAH !

Assalamualaikum ?

Hah ! Ini hari Khamis hari tu punya cerita tapi nak cerita juga .
Hari tu kan , kita orang iaitu NUR ATHIRAH , SYAHIRAH HAMDAN , NUR INTAN RAIHANA dan aku telah stayback kerana study group untuk PK1 punya fasal !
Nak dijadikan cerita , kita orang ni study BIOLOGI hari tu .
BIO sahaja . Itu pun rasa tak sempat . Tapi memang best gila lah study dengan dia orang !
Paham sangat dan tak banyak terpesong dari tajuk .
Sampai KLIA taw kita orang belajar !
Bak kata ATHIRAH , kau orang ada ke study BIO sampai KLIA macam kita orang ? tak kan ?
Study punya lah best sambil ditiup angin seperti di tepi pantai .
SYAHIRAH cakap ni bukan angin sepoi2 bahasa tapi kurang bahasa .
Lawak je !
INTAN pula suka membelitkan otak dia . Haha !
Tapi aku sangat berterima kasih pada kau orang bertiga
sebab esoknya aku jawab paper BIO sambil tersenyum .
 Tapi tak tahu lagi keputusannya macam mana . Hope ok lah kan .
Aku target B- je untuk PK1 nie .
Dan aku sangat menyarankan kau orang untuk buat study group ok ?
Tapi jangan ramai-ramai taw , nanti jadi gossip group pula .
Dan kau orang janganlah study just dalam kelompok kau orang je ,
As long as your group has 1 people that clever and can be as your tempat rujukan , its ok then .
If nak berjaya , dan rasa kelompok yang kau orang sedang duduk sekarang ni mendatangkan kesan buruk atau tidak mendatangkan faedah langsung pada kau orang ,
 aku sarankan kau orang keluar dari kelompok tu secepat mungkin .
That kelompok tak baik untuk kau orang taw !
Lagi-lagi kalau kau orang ni cepat terpengaruh .
Kalau kau orang rasa belas kasihan or tak sellfish ,
 drag lah kawan kau orang yang lain juga untuk keluar dari kelompok tu .
Tapi if dia orang tak nak , nak enjoy je kerjanya dan tak ada rasa insaf dalam diri , tak payahlah .
Tapi buatlah selagi kau orang terdaya .
Tak macam aku , aku tak terdaya .
sambung balik ~
Dahlah study sampai pukul 5 , lepas tu aku pun bergegas ke surau untuk menunaikan solat Asar .
Solat itu penting ya kawan-kawan ! kita ni orang ISLAM ,
so buatlah cara orang ISLAM bukan kafir !
Hah ! Lepastu kan dengan perut yang sedang asyik berdangdut aku kena terus pergi tuisyen tutt~
Kaki aku sangat menggigil and that abang tak paham kenapa kaki aku menggigil .
Aku kalau lapar memang macam ni . Lagipun kat situ sejuk . Aku ni dah lah tak tahan sejuk !
Btw , aku harap that abang tak putus asa ajar aku .
(dah lebih sebulan belajar dengan dia tapi still tak tahu nama , tengoklah akhir tahun nanti baru aku tanya) 
Maaflah , aku ni memang lambat sikit nak catch up .
Otak aku ni lambat sikit . Biar lambat asal selamat ! Betul tak ?
Dan aku bukan kurang keyakinan diri tapi still malu .
Takut salah , memanglah belajar dari kesilapan tapi nanti aku lebih-lebih cakap aku over pulak .
So, tak nak lah macam tu kan ?
Nevermind , aku cuba ! Aku tahu aku boleh sebenarnya !
Aku rasa hari tu sangat memenatkan tapi menyeronokkan .


p/s: i love bio !

No comments: